Keuntungan Bersih Astro Merosot Sejak Tahun Lalu

 


Bila sebut saja astro, pasti ada yang merinding rancangan asyik ulang-ulang, akan tetapi unit selling point mereka telah ditambah baik dari semasa ke semasa. Kalau dulu box astro takda port lan cable tapi sekarang sudah ada kerana pengguna astro boleh membeli pakej netflix melalui astro. 


Pada masa sama astro telah upgrade satu pendekatan jika penonton terlepas rancangan pilihan boleh masuk satu channel untuk menayang semula rancangan mereka yang mahu.


Pada tahun ini Astro Malaysia Holdings Bhd merekodkan keuntungan bersih lebih rendah RM460.87 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 daripada RM539.85 juta setahun lalu.


Penurunan itu terutama disebabkan oleh pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) lebih rendah, yang susut tiga peratus disebabkan oleh kos kandungan dan jalur lebar serta perbelanjaan pemasaran dan pengedaran yang lebih tinggi.


Ia diimbangi oleh kos barang dagangan lebih rendah berbanding peratusan pendapatan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.


Pendapatannya susut sebanyak 4.2 peratus kepada RM4.18 bilion berbanding RM4.36 bilion sebelumnya, terutama disebabkan oleh penurunan hasil langganan dan jualan jualan barang dagangan, diimbangi oleh jualan hak program dan pendapatan pengiklanan lebih tinggi.


Pendapatan semasa tahun dikaji terus terkesan oleh pandemik COVID-19.


Dari segi sukuan, keuntungan bersih suku keempat tahun kewangan 2022 adalah RM126.59 juta berbanding RM167.83 juta setahun lalu, manakala pendapatan berjumlah RM1.03 bilion berbanding RM1.11 bilion sebelumnya.


Melihat ke hadapan tahun kewangan berakhir 2023, Astro berkata ia memperkasakan dengan menjadi penyedia perkhidmatan Internet, menggabungkan Astro Fibre dengan kandungan dan memperkenalkan jalur lebar Astro Fibre untuk melengkapkan rangkaian penawarannya.


Kumpulan akan terus melabur dalam pelan transformasi, khususnya dalam kandungan, jalur lebar, penstriman, pengalaman pelanggan, data, pengiklanan dan infrastruktur teknologi bagi mempermudahkan proses.


Kumpulan juga kekal yakin secara berwaspada dan akan terus memantau persekitaran perniagaan sambil menguruskan kos.


Ia mengisytiharkan dividen peringkat tunggal interim keempat 1.5 sen sesaham bagi tahun fiskal berakhir 31 Januari 2022, yang akan dibayar pada 29 April 2022 dengan tarikh kelayakan pada 15 April 2022.


Lembaga pengarah turut mencadangkan dividen peringkat tunggal akhir 0.75 sen sesaham dibayar pada tarikh yang akan ditentukan, tertakluk kepada mendapatkan kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-10 syarikat yang akan diadakan, katanya.


-BERNAMA

Post a Comment

0 Comments