"Terima Kasih.." - Skuad Prihatin Mangsa Banjir Menemukan Simpanan Emas Milik Warga Emas Bernilai RM20,000

 



Hulu Terengganu: Pemilik sebuah rumah taman di sini semalam yang juga seorang warga emas gembira bercampur sedih, apabila rumahnya ditenggelami air setinggi 5 kaki.


Segala harta dan perkakas rumah semuanya rosak dimasuki air dan lumpur. Ketika kerja-kerja pembersihan rumah dilakukan oleh skuad prihatin dan juga anak watan Terengganu, mereka telah terjumpa sejumlah emas di dalam beg kecil yang mana hargnya bernilai RM20,000. 


Emas itu disangkakan telah hilang dan telah dipulangkan kepada warga emas itu, beliau juga seakan-akan tidak percaya kerana masih ada lagi emas yang dapat diselamatkan.


Terima kasih kepada skuad prihatin dan pembantu katanya.


Dalam masa sama, Hulu Terengganu masih lagi dalam proses pembersihan dan juga menunggu air surut. 


Untuk ketahui lagi, boleh cari info banjir Terengganu.

Post a Comment

0 Comments