Tak Sempat Timang Anak Sulung, Suami & Isteri Sarat Hamil Maut Kemalangan Dirempuh Myvi

 



Di Alor Gajah, sepasang suami isteri yang menaiki motorsikal telah maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, kira-kira pukul 7.40 pagi tadi.


Menerusi laporan Berita Harian, mangsa Nur Ain Kamarulzaman, 25, yang membonceng motosikal ditunggang suami, Mohd Hairawi Mat Rezam, 36, terbunuh apabila motosikal mereka dilanggar kereta Perodua MyVi.


Lebih menyedihkan, Nur Ain dimaklumkan sedang hamil tujuh bulan, sebenarnya dalam perjalanan dari Taman Rakyat Kuala Ina, Tampin ke Hospital Melaka untuk menghadiri janji temu dengan pakar perubatan di hospital berkenaan.


Kena rempuh dengan Myvi


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata, kenderaan pemandu Myvi, dimiliki seorang lelaki berusia 34 tahun, dipercayai hilang kawalan.


Disebabkan itu, kenderaannya berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut.



Suami isteri tercampak


Akibatnya, suami isteri tersebut tercampak beberapa meter dari motosikal dan Mohd Hairawi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.



Bayi dalam kandungan turut terkorban


Difahamkan, bayi yang dikandung Nur Ain merupakan zuriat mereka yang pertama. Malah di Facebook Nur Ain, arwah sempat menukar cover photo menggunakan gambar pada hari pernikahan mereka.




Siasatan mendapati cuaca ketika kejadian dalam keadaan baik dan punca kejadian dipercayai akibat kegagalan mengawal kenderaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Nur Ain & Berita Harian

Post a Comment

0 Comments