Shiha Zikir Diganggu Kelibat Putih, PA Dirasuk

 


Baru-baru ini netizen kecoh dengan kelibat putih terakam dalam video yang dimuat naik oleh Shiha Zikir di akaun media sosial miliknya. Pada awalnya Shiha tidak  mengetahui berkaitan kelibat putih itu. Dia hanya merakam sebuah video nyanyiannya secara live. 


Setelah video dimuatnaik, netizen bertanya akan kelibat putih di belakangnya yang muncul di dalam gelap. Setelah diperhatikan rakam itu,  Shiha turut terkejut dan bertanya dengan rakan-rakan di situ jika ada kain atau prop putih. Mereka mengatakan tiada apa-apa disitu ketika Shiha merakam video tersebut.


Kejadian mistik pada malam itu tidak terhenti disitu malahan Shiha turut diganggu ketika di dalam bilik bersama pembantu peribadinya (PA). Gangguan semakin dasyat ketika PA Shiha dirasuk. 


"Saya terkejut sebab dia (PA) mengeluarkan suara garau , dia cakap dengan saya, dah lama aku nak cakap dengan kau! Masa tu Shiha menggeletar dan kaku. Nak taip kat fon pun tak boleh. Shiha nak minta bantuan tak boleh. Sebab dia perhatikan Shiha. Perasaan masa tu hanya Allah yang tahu" ujarnya. 




Wartawan turut bertanya adakah kejadian mistik tersebut berkait dengan video klip Shiha yang terbaharu  seperti melakukan pemujaan. Shiha menafikannya dan menurutnya, kawasan tersebut agak keras kerana mereka sedang melakukan penggambaran di sebuah rumah penginapan di dalam hutan untuk filem terbarunya.


Sebelum ini video klip Shiha mencetuskan kontroversi setelah dikritik oleh peminat yang menonjolkan konsep yang dikatakan seperti ahli sihir.


Kredit video: mstar

Post a Comment

0 Comments