Sekumpulan Makcik Sakan Menari 'Cucuk Langit' Pada Majlis Kahwin Dikecam Netizen

 


Video berdurasi 30 saat yang tular menunjukkan rakaman di sebuah majlis perkahwinan menunjukkan sekumpulan wanita menari seperti berada di kelab malam. Mereka menari bersama pengantin mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh Dj. 


Suasana ini dilihat tidak mengikut norma masyarakat dan nilai agama kerana wanita yang menari memakai pakaian yang melambangkan imej seorang muslimah. Beberapa orang lelaki juga turut  kelihatan menari bersama  dengan kumpulan berkenaan. 


Ekoran daripada kejadian ini, mereka telah dikecam teruk oleh netizen di dalam media sosial sehingga memanggil mereka dengan  gelaran wanita akhir zaman. Menurut salah seorang netizen, perkahwinan sepatutnya sebuah majlis ibadah tetapi telah dicemari dengan kemaksiatan yang mengundang kemurkaan Allah. 






Malahan pada zaman pandemik ini sepatutnya masyarakt lebih berhati-hati menjaga interaksi sesama individu supaya tidak mencetuskan jangkitan virus Covid-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh WHO. 


Post a Comment

0 Comments