Salah Siapa Lifeguard Atau Mak Bapa? Kanak-kanak Perempuan Mati Lemas Dalam Kolam Renang Di Pontian

 


Seorang kanak-kanak dijumpai terapung disebuah kolam renang di kawasan percutian Pontian Johor. Kanak-kanak tersebut lemas  sebelum dijumpai remaja perempuan dalam keadaan terapung di permukaan air (gambar anak panah merah)  Puan Siti Amalia Nadia menceritakan detik cemas tersebut. 




AllahuAkbar.. dalam keseronokan bawak anak2 mandi kat kolam.. tiba2 ternampak adik ni baru diangkat naik, nampak bantuan cuba diberikan, terus berlari jerit panggil suami yg ke tandas untuk bantu jugak. Berlari suami untuk bagi bantuan cpr kat adik ni. 


Masa ni dah berbuih mulut dah, muntah pon dah terkeluar, tp adik ni masih tak sedar. Hampir 10 minit bantuan tapi masih takdak respond, saya jerit tanya sesiapa dah call kecemasan belum. Mungkin masing2 pon masih terkejut, saya decide utk call terus. Berlari pulak tya org2 situ lokasi situ sbb saya pon bukan org situ.


Sambil cakap dgn pihak hospital, kami teruskan cpr, dan terus tunggu ambulance. Hampir 20 minit ambulance masih tak sampai. Suami dgn abg sorang lg selang seli cpr. Tp adik ni masih tak sedar lagi. Allahu..


Saya pegang urut2 tgn adik tu pon dah sejuk dan pucat sgt.. mulut adik tu dah biru. Last2, decide utk hntr adik ni ke KK berdekatan. Masa dah sgt suntuk.


Kata suami, nadi adik tu dah lama dah takdak. Tapi dia cuba jugak cpr dgn abg sorg lagi. manatahu masih ada harapan. Dan tak sampai hati nak bgtahu mak ayah dia lg. Biar pihak hospital yg tentukan. 


Apa2 pon berlaku kt adik tu, semoga mak dan ayahnya tabah.


Saya terus ajak anak-anak mandi dan tukar baju. Rasanya hampir 20 minit jugak, baru nampak kelibat ambulans. 😔


Lepas tu baru dapat tahu bahawa adik tu dah meninggal dunia.Al Fatihah buat adik Ainul Marhanis binti Ramli. Semoga syurga untukmu nak.. 😢




Diharapkan ibu bapa berhati-hati dan sentiasa memantau anak-anak ketika membawa mereka ke kolam renang atau kawasan air. Pihak pengurusan juga perlu bertanggungjawab dengan menyediakan lifeguard untuk masa-masa kecemasan. 


Kredit : Siti Amalina Nadia

Post a Comment

0 Comments