Kemalangan Maut Lima Sekawan, 2 Maut Tersepit Dan Tercampak Keluar

 


Lima sekawan yang baru sahaja bekerja di Kilang Proton Tanjung Malim terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan dua orang maut dan 3 cedera ringan. Menurut mangsa, kereta yang dipandu  hilang kawalan sebelum melanggar tiang dan terbabas ke arah lorong bertentangan. 


Menurut laporan pasukan Bomba Tanjung Malim ketika kejadian, seorang mangsa tercampak keluar dalam kemalangan tersebut. Dalam kemalangan itu, mangsa yang tercampak maut di tempat kejadian. 3 lagi mangsa termasuk pemandu mengalami cedera dan seorang lagi mangsa iaitu penumpang hadapan pula meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital. Mangsa yang meninggal bernama Faris dan  Syed Umair Syed Hashim. 





Anggota bertugas BBP Tanjung Malim bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dan dibawa ke Hospital Slim River dan mangsa meninggal dunia di serahkan kepada pihak Polis. Mangsa cedera di kepala, peha dan tulang pinggul. Kedua-dua mangsa masing-masing telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun.


Menurut ibu Syed Umair, dia redha dengan takdir yang diberikan Allah. Beliau sempat berkata dipusara anaknya "adik.. (Syed Umair) adik budak baik, ibu redha adik pegi, adik baik-baik kat sana ye, moga Allah ampunkan dosa adik, ibu halalkan semuanya daripada ibu' katanya.

Post a Comment

0 Comments