Kontroversi 'Tudung' Mia Khalifa Tak Jejas Tontonan Pelanggan

 


Mia Khalifa (29) berasal daripad Beirut, Lubnan kemudian berhijrah ke Amerika bersama keluarganya ketika berusia 8 tahun. Mia sebelum ini bekerja di sebuah restoran makanan segera iaitu Whataburger ketika berusia 18 tahun. Disinilah dia telah berjumpa dengan seorang kenalan yang mengajaknya untuk berlakon dalam filem pornografi/lucah. 


Pada tahun 2014 walaupun mendapat tentangan keluarga, Mia nekad untuk menjadi pelakon filem pornografi. Semenjak daripada itu, keluarganya memutuskan hubungan dengannya. 




Kemunculan Mia Khalifa dalam dunia filem dewasa telah mencetuskan kontroversi terutama kepada agama Islam kerana Mia  muncul dengan pakaian seksi tetapi bertudung/berhijab. Pakaian tersebut digunakan ketika beliau sedang berlakon dalam  lakonan filem lucah tersebut. Ia menimbulkan bantahan umat Islam khususnya dikawasan Timur Tengah seperti di Iraq sehingga Mia mendapat ancaman hukuman bunuh. Untuk pengetahuan semua, Mia sebenarnya bukan beragama Islam tetapi dibesarkan dalam agama Kristian Katolik. Walau bagaimanapun, Mia dan syarikat produksi  sepatutnya menghormati agama lain dan  tidak boleh memasukkan unsur-unsur agama dalam perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukannya. 


Namun atas dasar kontroversi itu menurut starsunfolded.com, nama Mia Khalifa menjadi sebutan ramai dan menjadi ranking pertama dalam daftar carian  filem dewasa di dunia. Lebih mengejutkan, Malaysia merupakan negara paling tinggi melayari laman web lucah di Asia. Trafik laman sesawang lucah telah meningkat sehingga 84 peratus di Malaysia. 




Perkara ini amat membimbangkan kerana umat Islam tidak sensitif  dengan individu yang mempersendakan Islam. Ia menunjukkan keruntuhan moral dan akhlak kita kerana terlalu mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri. 


Bahaya Pornografi 


Dr. Victor Cline (2008), pakar psikoterapi dan juga Professor Emeritus dalam bidang Psikologi di University Utah, Salt Lake City, dalam menangani masalah ketagihan seks menyatakan penggunaan pornografi dilakukan secara berterusan dan jika dibiarkan akan membawa kepada ketagihan yang lebih teruk (bermula daripada soft pornography kepada hard core pornography).


Beliau juga menyatakan pornografi juga boleh membawa kepada tingkah laku seksual yang buruk dan tidak normal. Hal ini berlaku kerana penonton pornografi akan cuba beraksi berdasarkan pada apa yang dilihat, berfantasi dan berakhir dengan keputusan atau hasil yang merosakkan atau menghancurkan seseorang.




10 Kesan Maksiat Pada Diri


Islam yang membawa kepada kerahmatan, kemuliaan dan kebaikan telah menegaskan bahawa seseorang itu jika melihat sesuatu perkara yang bukan haknya maka hendaklah ia menundukkan pandangan.


Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi telah menukilkan berkenaan kesan dan pengaruh maksiat. Antaranya ialah:


1. Terhalang dari mendapat ilmu


2. Terhalang dari rezeki yang murah


3. Merasa jauh dari rahmat Allah


4. Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia


5. Segala urusan menjadi sukar dan sulit


6. Hati menjadi gelap


7. Terhalang dari melakukan ketaatan


8. Boleh memendekkan umur seseorang


9. Mengheret kepada kemungkaran yang lain


10. Melemahkan ransangan ketaatan


Menyekat laman sesawang porno sahaja tidak mencukupi jika semua pihak tidak bersungguh-sungguh dalam membenteras masalah ini bersama.


Mewujudkan pendidikan seks di sekolah-sekolah juga bukan merupakan satu jalan yang terbaik pada masa sekarang.

Ini kerana masih banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya maksiat itu seperti percampuran lelaki perempuan secara bebas, iklan-iklan yang menghairahkan serta rancangan-rancangan yang boleh merosakkan nilai akhlak seseorang dan juga lawak-lawak yang berunsur lucah dari pelawak atau pelakon yang sengaja melakukannya.


Didikan ibu bapa dari rumah adalah faktor utama untuk anak-anak membesar dengan ketinggian moral dan akhlaknya. Sebagai individu dewasa, kita terlebih dahulu menunjukkan teladan kepada anak-anak. Jika teladannya buruk, buruk juga lah hasilnya.




Post a Comment

0 Comments