Cikgu Ros Anak Pendekar Mustar Menderita Sakit Kanser Payudara Sebelum Meninggal Dunia

 


Allahyarhamah Datin Rosnah Binti Jasni atau Roseyatimah


Nama asal Rosnah Binti Jasni, tapi P.Ramlee telah gabungkan namanya Ros dengan Ibunya Seniwati Neng Yatimah, jadi gelarlah 'Roseyatimah'. 


Kota Singapura ramai melahirkan pelakon hebat yang berbakat besar, tak ketinggalan Roseyatimah juga asal dari sana.


Memilih Dato Mustapha Maarof Sebagai Suami



Pada tahun 1967 Roseyatimah berkahwin dengan Dato Mustapha Maarof dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Azlynna, Mohammed Khairuddin (meninggal pada usia 4 tahun), dan Mohamed Rezainuddin.


Roseyatimah berjaya melakonkan watak Cikgu Ros dalam filem Pendekar Bujang Lapok, yang mana di sekolah itu terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar buta huruf, termasuklah masa tu P.Ramlee, Ajis, dan Sudin sempat jadi pelajarnya. Kalau korang ingat pelajar sebut alif ya mim buaya, itulah cerita dia.


Roseyatimah Menghidap Kanser Payudara


Selepas 10 hari menjalani radioterapi di hospital, Roseyatimah meminta sangat-sangat supaya beliau dibawa pulang ke rumah. Beliau dibawa pulang bersama seorang jururawat dan tangki oksigen. Roseyatimah dibawa kembali dari hospital tiga hari sebelum beliau meninggal dunia, selang tujuh bulan selepas bapanya meninggal.


Roseyatimah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 1987 di rumahnya di Subang Jaya, Selangor akibat penyakit barah payudara ketika berusia 44 tahun, meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Azlynna, Mohammed Khairuddin (meninggal dunia pada usia empat tahun) dan Mohamad Rezainuddin.




27 Tahun Mengenang Isteri Telah Pergi


Akhirnya pada tahun 2014 berita kematian Allahyarham Dato Mustapha  Maarof pula tersebar.


Dato’ Mustapha Maarof meninggaI dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, pada 15 Disember 2014 jam 8.38 pagi.


Sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November 2014 kerana mengalami kesukaran bernfas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju pada 2 Disember 2014.


Jenazah beliau disolatkan di Masjid Amru Ibnu Al-Asr, Bandar Baru Sentul dan kemudian dikebumikan di sebelah pusara isterinya, Seniwati Roseyatimah di Tanah Perkubvran Islam Jalan Ampang.


Arwah Dato Mustapha Ma'arof disemadikan bersebelahan kubur isterinya





Post a Comment

0 Comments