Baby Shima Menangis Perjelas Tuduhan Cium Lelaki Dalam Club (VIDEO)

 


Pagi ini viral sekeping gambar yang menunjukkan Baby Shima seperti bercium dengan seorang lelaki di dalam sebuah club sambil memegang minuman. 




Berikutan gambar itu, Baby Shima teruk dihentam orang ramai sehingga dia berasa sangat tertekan dengan cacian netizen. Tidak menunggu lama, Shima menjelaskan hal sebenar. 


Video:


Shima mengakui gambar tersebut adalah dirinya. Namun, penyebar gambar itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan nama baiknya   dan sekaligus maruah dirinya. Gambar iti diambil dari klip video terbaru Shima iaitu Lalai. 





Ramai beranggapan Shima hanya membuat gimik untuk menaikkan tontonan muzik videonya. Namun dia menyangkal sekerasnya kerana kecaman daripada netizen sudah cukup memberikannya tekanan. Dia tidak perlu membuat gimik perkara yang boleh menjatuhkan maruahnya. 


Netizen turut mempersoal kenapa perlu mencium kalau hanya untuk muzik video? Jawapan tersebut telah dijawab oleh  kru produksi bahawa Shima tidak mencium ia hanya teknik kamera. 


Dalam video penjelasan tersebut, Shima kelihatan sebak dan menangis atas kecaman netizen terhadapnya. Dia juga telah mengambil ubat penenang untuk mengurangkan tekanan dalam dirinya.


Diharapkan netizen jangan telalu mencaci dan mengecam orang lain. Tegurlah dengan berhemah.




Post a Comment

0 Comments